Kegagalan pada kali ini membuatkan saya tersedar akan sesuatu yang serius, iaitu kecenderungan otak saya menjadi kosong dan ‘slow’ tiap kali dalam keadaan yang memerlukan saya untuk berfungsi dalam pekerjaan. Aktiviti menulis sebegini juga sukar bagi saya. Tidak sama seperti kecerdasan otak saya pada zaman remaja yang asyik menulis setiap hari.
Saban tahun, brain fog ini semakin parah sehingga merampas keyakinan diri (walaupun sedikit sahaja keyakinan itu) untuk menjalani kehidupan seperti biasa.
Maka hari ini, muncullah idea untuk menulis perihal ‘Brain Fog’.
Apakah itu Brain Fog?
Brain fog ataupun istilahnya dalam bahasa Melayu dikenali sebagai kabut / kabus otak. Ia bukanlah penyakit. Tetapi ia adalah gejala yang berpunca daripada pelbagai faktor.
Secara kasarnya, ia boleh menggambarkan keadaan mental yang mengalami pelbagai masalah seperti:
-Mudah lupa
-Tidak dapat berfikir secara jelas
-Tidak dapat menupukan perhatian/ konsentrasi yang semakin teruk
-Susah fokus ketika melakukan sesuatu.
-Lupa akan perkataan-perkataan tertentu dalam perbualan harian
Penyebab Brain Fog
Brain Fog boleh terjadi akibat beberapa faktor seperti:
-kesan sampingan ubat-ubatan
-kekurangan zat nutrisi
-Stres / Masalah kesihatan mental
-Kurang tidur
-Berpunca daripada penyakit-penyakit tertentu
Sudah semestinya akan ada jalan penyelesaian untuk masalah brain fog ini. Di sini disenaraikan pelbagai kaedah-kaedah yang berupaya mengurangkan kesan brain fog mengikut hasil bacaan penulis:
-Mengamalkan senaman secara rutin
-Mengendalikan stres dengan bijak
-Mengamalkan pemakanan yang sihat
-Mendapatkan tidur yang berkualiti
Begitulah perkongsian mengenai brain fog.
Sebagai seorang yang bergelut dengan masalah kesihatan mental seperti keumurungan dan keresahan yang berpanjangan, kabus otak ini mungkin berpunca daripada kombinasi pelbagai faktor seperti ubat dan masalah-masalah itu sendiri.
Maka itu, penulis faham akan pergelutan mereka yang mempunyai pengalaman yang lebih kurang sama dengan penulis. Bersama-samalah kita berlawan walaupun penuh pancaroba, penulis yakin dan berpegang dengan harapan bahawa akan muncul hari yang lebih cerah. Dan pada masa itu kita akan dapat menikmatinya dengan jiwa yang lebih tenang.
Rujukan
https://www.siloamhospitals.com/en/informasi-siloam/artikel/apa-itu-brain-fog
https://hellodoktor.com/masalah-neurologikal/saraf-lain/berkabus-bukan-cermin-kereta-tetapi-otak/