Semasa awal berbulan-bulan menganggur, penulis menemui platform untuk membaca komik secara percuma. Yang penting bukan di website yang penuh dengan iklan – iklan pop up yang muncul sana sini. Ianya digelar sebagai Webtoon.
Webtoon adalah platform komik digital yang dilancarkan oleh Naver Corporation pada tahun 2004. Webtoon boleh diakses pada laman web webtoon.com ataupun melalui aplikasi Webtoon yang boleh didapati di Google Play Store.
Fungsi ini juga penulis hanya tahu baru -baru ini. Ternyata jika ditukar setting bahasa di Webtoon, akan ada pelbagai lagi komik – komik yang menanti.
Jika ditukar settingnya daripada bahasa Inggeris ke bahasa Indonesia, terdapat lagi pelbagai variasi komik -komik yang belum pernah penulis baca. Mungkin judulnya tiada di Webtoon setting bahasa Inggeris tetapi boleh diakses jika menukar setting ke bahasa Indonesia (atau bahasa – bahasa lain).


Pada aplikasi Webtoon, pergi ke Setting –> Pilih Content Language –> Pilih bahasa yang dikehendaki.
Sekian sahaja perkongsian kali ini. Semoga bermanfaat buat peminat – peminat komik Webtoon.
0 Comments