Menurut doktor, hari yang baru adalah permulaan yang baru. Namun susah untuk memulakan permulaan yang lain dan baru jika pengangguran ini berterusan.
Jadi sementara menunggu peluang untuk menamatkan hari-hari menganggur, penulis akan berkongsikan tentang apa yang boleh dibuat untuk mengisi kesenangan waktu untuk mereka yang berada dalam keadaan sama seperti penulis.
Banyakkan Membaca
Sekiranya tahap kalian masih belum sama dengan penulis, sepertinya kalian masih boleh menumpukan perhatian buat seketika. Jadi alihkanlah perhatian itu kepada perkara perkara yang lebih berfaedah seperti membaca.
Penulis tahu mungkin bagi sesetengah mereka yang berada dalam kemurungan mungkin mengalami kesukaran untuk bangun dari katil. Sekurang- kurangnya, bawalah majalah, novel, makalah, buku digital ataupun komik sekalipun ke katil dan membacanya.
Ianya lebih bagus daripada terbaring sambil tidak berbuat apa apa. Otak juga beraktiviti sekiranya kita membaca.
Belajar Bahasa Baru
Sama ada bahasa Jepun untuk memahami anime dengan lebih baik ataupun untuk memenuhi angan angan untuk ke korea dengan mempelajari bahasa Korea dengan sendiri berbekalkan bantuan guru-guru di internet.
Biarlah pengangguran dan masa – masa yang terluang ini (sekiranya tidak ditemani oleh simptom hari buruk kemurungan) diisi dengan penuh manfaat.
Menulis
Menulislah seperti mana penulis mencuba untuk menulis (walaupun mengambil masa lapan tahun untuk otak kembali segar bagi menulis). Tidak perlu di online, menulis untuk tatapan sendiri juga boleh.
Beraktiviti dengan keluarga / kawan – kawan
Bersosial…itu agak berat bagi penulis. Namun demi kebaikan diri sendiri, luangkanlah masa untuk keluar dengan keluarga ataupun kawan – kawan. Jangan dibiarkan diri dibelenggu berterusan dengan masalah pengangguran ini.
Meluangkan masa dengan orang lain juga dapatkan merapatkan diri kita dengan komuniti, mungkin juga kita akan bertembung dengan kesempatan kerjaya ketika di luar rumah.
Yang paling penting, janganlah bersendirian ketika menggangur. Ia berkemungkinan mengundang kemurungan serta masalah – masalah emosi jika pengangguran itu berterusan buat masa yang berpanjangan.
Kesimpulannaya, setiap manusia pasti berhadapan dengan masalah mereka sendiri. Adakalanya kesihatan yang merosot juga memaksa kita memilih jalan untuk menganggur sementara bagi memberi tumpuan kepada diri sendiri.
Jadi, amatlah penting untuk kita menjaga dan memperbaiki diri kita pada saat-saat ini bagi menempuh perjalanan yang akan datang.
0 Comments